Smith Rowe terima panggilan pertama sertai skuad senior England

Emile Smith Rowe
Emile Smith Rowe
A
A
A

PEMAIN tengah Arsenal, Emile Smith Rowe menerima panggilan pertamanya ke skuad senior England manakala Mason Mount, Marcus Rashford, Luke Shaw dan James Ward-Prowse masih belum melaporkan diri kata Persatuan Bola Sepak England (FA).

Penyerang Manchester United, Rashford memilih untuk kekal bersama Manchester United bagi memberi tumpuan untuk memulihkan kecergasan manakala pemain tengah Southampton, Ward-Prowse akan terlepas perlawanan kelayakan Piala Dunia pasukan menentang Albania dan San Marino kerana tidak sihat.

Pemain tengah Chelsea, Mount pula akan dipantau selepas ketibaannya di St George's Park ditangguhkan kerana pembedahan pergigian baru-baru ini manakala bek kiri United Shaw mengalami kecederaan kepala ketika tewas 2-0 kepada Manchester City.

Menurut FA, Smith-Rowe, yang telah menjaringkan empat gol dalam 11 penampilan Liga Perdana untuk Arsenal musim ini dan merupakan sebahagian daripada pasukan Bawah 21 tahun England yang telah melaporkan diri ke kem pasukan senior.

England kini menduduki tangga teratas kumpulan I dengan 20 mata daripada lapan perlawanan, tiga mata di hadapan Poland.

The Three lions bakal melayan kunjungan Albania pada 12 November ini dan akan menentang San Marino di tempat lawan tiga hari kemudian.

Artikel Berkaitan: