756,985 individu di Pahang bakal terima dos penggalak

Dr Nor Azimi (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin pada majlis bersama media di Hotel Grand Makmur, Kuantan pada Isnin.
Dr Nor Azimi (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin pada majlis bersama media di Hotel Grand Makmur, Kuantan pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 756,985 individu akan menerima dos penggalak vaksin Covid-19 di Pahang selepas arahan pelaksanaannya bermula pertengahan Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah itu seramai 55,458 adalah petugas barisan hadapan, diikuti 160,178 adalah rakyat Pahang dan 541,349 mereka yang berpenyakit.

Menurutnya, setakat ini, seramai 18,489 individu sudah menerima dos penggalak membabitkan barisan hadapan, warga emas dan pesakit-pesakit kronik dikenal pasti.

"Kita sudah memulakan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 kepada pasukan barisan hadapan pada 15 Oktober lalu selepas menerima arahan pelaksanaannya berhubung perkara itu.

"Seterusnya pada 28 Oktober lalu, giliran warga emas dan mereka berpenyakit pula diberikan suntikan dos penggalak itu sama ada di fasiliti kesihatan ataupun di klinik swasta (GP)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis bersama media di Hotel Grand Makmur, di sini pada Isnin.

Dr Nor Azimi menjelaskan, sebahagian rakyat Pahang menerima suntikan dos penggalak selepas menerima makluman daripada aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, suntikan dos penggalak hanya akan diberikan kepada mereka yang sudah melepasi tempoh sekurang-kurang enam bulan dari tarikh penerimaan dos kedua.

Artikel Berkaitan:

"Suntikan dos penggalak yang akan diberikan kepada penerima adalah vaksin Pfizer," katanya.