PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan untuk orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan sebarang perbuatan rasuah atau salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, bilik gerakan berkenaan akan beroperasi 24 jam dan ditempatkan di SPRM Melaka iaitu di No 2, Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay.

"Selain hadir ke bilik gerakan tersebut, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan melalui e-mel kepada aduan.prnmelaka@sprm.gov.my atau menghubungi talian 06-2896011 atau 06-2896000.

"SPRM mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012)," kata kenyataan itu.

PRN Melaka telah bermula pada Isnin dengan proses penamaan calon berakhir jam 10 pagi dan proses pengundian dijadualkan pada 20 November.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: