X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Bajet 2022: Ahli Parlimen pembangkang sifatkan bajet sembelit

Mahfuz
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Oktober lalu sebagai ‘bajet sembelit'.

Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) berkata, ini kerana hasil inti pati bajet yang dibentangkan itu jelas sekali tidak menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi negara.

“Bajet ini dibentangkan sebagaimana kejadian yang berlaku pada diri saya pagi tadi (Isnin), bila saya buang air besar saya tidak puas. Jadi ada masalah penyakit yang dihadapi oleh saya iaitu sembelit. Jadi saya menganggap bajet ini adalah bajet sembelit.

“Kita dapat lihat bahawa ia (Bajet 2022) tidak menyelesaikan masalah penyakit kritikal yang berlaku dalam urus tadbir, tatakelola dalam negara kita.

“Ini dapat kita lihat apabila pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2020 yang menunjukkan kepada kita bagaimana berlakunya dapatan isu jumlah bayaran tidak teratur, kerugian wang awam dan pembaziran sebanyak lebih RM620 juta.

“Ini satu jumlah yang sangat besar, yang menggambarkan bagaimana dalam bajet ini tidak menggariskan apakah rangka kerja dalam usaha untuk mengatasi masalah yang berbangkit ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat pada Selasa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!