Banjir: JKM Pahang terima peruntukan RM2.5 juta

Zulkhairi (tengah) memaklumkan barangan makanan akan diagihkan secara berperingkat di 140 pangkalan hadapan di Pahang.
Zulkhairi (tengah) memaklumkan barangan makanan akan diagihkan secara berperingkat di 140 pangkalan hadapan di Pahang.
A
A
A

KUANTAN- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang menerima peruntukan sebanyak RM2.5 juta sebagai persediaan menghadapi banjir tahun ini yang dijangka berlaku pada awal November hingga Mac tahun depan.

Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, kesemua dana tersebut akan digunakan bagi menyediakan barang makanan kering yang ditempatkan di 140 pangkalan hadapan di seluruh negeri ini.

Menurutnya, setiap pangkalan hadapan menempatkan antara lapan hingga sembilan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, biskut, sardin dan kopi yang mampu bertahan antara 10 hingga 14 hari.

"Daerah Temerloh mempunyai pangkalan hadapan terbanyak iaitu 34 diikuti Kuantan (18), Jerantut (16), Pekan (14), Rompin (12), Lipis (12), Maran (11), Bera (11), Raub (10) dan Bentong (2).

"Proses menghantar barangan makanan di 140 pangkalan hadapan sudah bermula secara berperingkat sejak 29 Oktober lalu dan dijangka selesai penghujung bulan ini ( November)," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau memaklumkan, setakat ini, penghantaran makanan di Pulau Tioman, Rompin sudah selesai dan sebanyak 31 tan barangan makanan untuk penduduk Pulau Tioman telah disimpan di pangkalan hadapan di situ.

Katanya, bekalan makanan berkenaan disediakan kerajaan Pahang dan agihan kepada lima pangkalan hadapan di pulau peranginan berkenaan mula dilakukan menggunakan tiga kapal kargo yang disewa khas.

"Di Pulau Tioman terdapat lima pangkalan hadapan yang terletak di Kampung Tekek, Kampung Juara, Kampung Mukut, Kampung Salang dan Kampung Genting.

Artikel Berkaitan:

"Bantuan makanan yang disediakan akan diberikan kepada setiap ketua isi rumah (KIR) apabila berlaku sahaja Monsun Timur Laut yang menyebabkan penduduk tidak dapat melakukan semua aktiviti di laut termasuk sektor pelancongan ditutup sementara," katanya.

Zulkhairi berkata, selain bantuan makanan pihaknya juga turut menyediakan bantuan barangan seperti selimut, 'toto', tuala dan kain pelekat.

Tambahnya, pihaknya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Pasaraya Darul Makmur (PDM) milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bertanggungjawab