Air Selangor agih 1,084 bantuan kotak makanan

Antara penerima kotak makanan Box of Hope oleh Air Selangor kepada golongan B40 yang memerlukan. - Foto Air Selangor
Antara penerima kotak makanan Box of Hope oleh Air Selangor kepada golongan B40 yang memerlukan. - Foto Air Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyumbangkan sebanyak 1,084 kotak makanan di bawah program ‘Box of Hope’ sepanjang tahun ini.

Air Selangor menerusi kemas kini di Facebooknya berkata, setiap kotak mengandungi makanan asas seperti tepung, beras, susu dan minyak masak itu telah disumbangkan kepada keluarga B40 yang memerlukan.

Menurutnya, orang ramai boleh turut serta menjadi penyumbang kepada 'Box of Hope’ melalui kaedah sumbangan barangan asas atau dalam bentuk tunai.

"Penyumbang boleh meletakkan makanan asas seperti tepung, beras dan makanan dalam tin di lima lokasi Village Grocer iaitu di Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1 Mont Kiara, I-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall.

"Sumbangan juga boleh dibuat melalui akaun bank CIMB Bank Berhad 80-0798511-8 dengan menyertakan nota catatan Bantuan Inisiatif ‘Box of Hope’

"Menerusi platform akaun bank ini, orang ramai boleh terus membuat sumbangan tanpa perlu ke cawangan Village Grocer.

Kami akan membeli barangan makanan asas dengan hasil sumbangan tersebut untuk didermakan kepada golongan B40 yang memerlukan," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Air Selangor berharap, dengan adanya akaun bank tersebut membolehkan ramai individu dan organisasi untuk sama-sama menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, program yang dilaksanakan itu adalah di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sesama Mara yang bertujuan untuk membantu komuniti akar umbi yang memerlukan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Maklumat lanjut mengenai program-program Sesama Mara boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.