Israel tidak benarkan aktiviti 6 persatuan di Tebing Barat

Persatuan Addameer diharamkan oleh Israel untuk melakukan aktiviti-aktiviti di Tebing Barat. - Foto Reuters
Persatuan Addameer diharamkan oleh Israel untuk melakukan aktiviti-aktiviti di Tebing Barat. - Foto Reuters
A
A
A

BAITULMAQDIS - Tentera Israel pada Ahad menyatakan enam persatuan awam tidak dibenarkan melakukan aktiviti di Tebing Barat iaitu wilayah Palestin yang dijajahi oleh rejim Zionis.

Enam persatuan tersebut sebelum ini telah dilabelkan oleh Israel sebagai pertubuhan 'pengganas' yang didapati bekerjasama dengan pertubuhan Pembela Popular Untuk Pembebasan Palestin (PFLP) oleh Menteri Pertahanan negara haram itu, Benny Gantz pada bulan lalu.

Kebanyakan negara-negara Barat turut melabelkan PFLP sebagai sebuah pertubuhan pengganas.

Keputusan untuk mengkategorikan enam persatuan itu sebagai pertubuhan 'pengganas' telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia antarabangsa termasuk di Israel.

Tentera Israel pada Ahad mengumumkan bahawa pihaknya secara rasminya menguatkuasakan keputusan yang telah dibuat oleh Gantz itu di Tebing Barat.

Ketua Tentera negara haram itu di Tebing Barat, Yehuda Fox menandatangani satu arahan mengumumkan bahawa enam persatuan tersebut merupakan sebahagian daripada PFLP sekali gus berbahaya kepada Israel.

Enam buah persatuan yang diharamkan itu ialah Pertahanan Untuk Kanak-Kanak Antarabangsa-Palestin (DCI-P), Kesatuan Jawatankuasa Kerja-Kerja Pertanian, Kesatuan Jawatankuasa Wanita Palestin, Addameer, Al-Haq, Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Bisan. - Agensi

Artikel Berkaitan: