12 rakyat Palestin ditahan tentera Israel

Sekatan terbaru dikenakan Israel yang melarang penduduk Palestin memasuki Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan. - Foto AHMAD GHARABLI / AFP
Sekatan terbaru dikenakan Israel yang melarang penduduk Palestin memasuki Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan. - Foto AHMAD GHARABLI / AFP
A
A
A

RAMALLAH - Tentera Israel menahan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin dalam serbuan awal pagi di kediaman mereka di wilayah yang diduduki, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

Di al-Ouja, pasukan tentera menahan lima ahli keluarga, termasuk adik-beradik.

Di Hebron di selatan Tebing Barat, tentera Israel menahan seorang penduduk bandar Tulkarm di utara Tebing Barat selepas menyerbu sebuah rumah, dan dua lagi ditahan di bandar Beit Ummar, utara bandar Hebron.

Tiga rakyat Palestin turut ditahan di kampung Bittin, timur Ramallah, selepas kediaman mereka dipecah masuk.

Seorang lagi ditahan di kejiranan Beit Hanina di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, kata Suruhanjaya Tahanan. - Bernama.