Perjalanan Gunners masih jauh

Mikel Arteta. - Foto AFP
Mikel Arteta. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui teruja masih dapat mengendalikan perlawanan ke-100 bersama The Gunners apabila melayan kunjungan Watford di Stadium Emirates pada Ahad.

Namun di sebalik itu Arteta berkata, masih terlalu banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi proses penambahbaikan supaya kelab utara London tersebut kembali berdaya saing.

“Perjalanan yang luar biasa dan pantas. Banyak yang telah berlaku, bukan sahaja di kelab ini tetapi juga di seluruh dunia, namun yang jelas memberi impak besar kepada semua perkara yang kami lakukan dalam dua tahun sebelum ini.

“Sejujurnya, saya amat berbesar hati untuk berada di tempat saya berada ketika ini. Saya benar-benar menikmati peluang dan cabaran yang kita ada di hadapan.

“Ini semua bukan hanya berkaitan dengan mengekalkan momentum dan menyelesaikan perkara-perkara asas yang kami mahukan untuk mendapatkan persembahan dan keputusan, tetapi juga untuk membina perpaduan di sekeliling kelab kami. Ini merupakan perkara yang amat penting bagi saya,” kata Arteta.

Arteta sebelum itu menggantikan Unai Emery pada Disember 2019, berjaya menghidupkan semula saingan kelab tersebut dalam saingan berprestij liga tertinggi Inggeris itu apabila memenangi Piala FA musim itu.

Namun dia juga mengalami tamparan hebat musim lalu apabila Arsenal gagal layak ke sebarang kejuaraan kelab Eropah buat kali pertama dalam tempoh 25 tahun selepas menduduki tempat kelapan liga.

Musim ini selepas permulaan yang mengerikan apabila tewas dalam tiga perlawanan awal dan menduduki kedudukan tercorot, namun Arsenal kini kembali semula ke rentak kemenangan.

Artikel Berkaitan: