Uzbekistan adakan pilihan raya presiden pada Ahad

Uzbekistan akan mengadakan pilihan raya presiden pada Ahad. Foto AFP
Uzbekistan akan mengadakan pilihan raya presiden pada Ahad. Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Uzbekistan akan mengadakan pilihan raya presiden pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua kain rentang, poster, papan iklan dan bahan pengiklanan lain perlu diturunkan pada Sabtu supaya pengundi boleh menggunakan hak mereka tanpa sebarang pengaruh.

Pada 30 April, rakyat Uzbekistan mengundi pindaan perlembagaan yang meluluskan lanjutan tempoh penggal presiden daripada lima kepada tujuh tahun dan membenarkan penyandang Presiden Shavkat Miriyoyev bertanding semula selepas dua penggal berturut-turut.

Berikutan itu, Mirziyoyev mengumumkan pilihan raya awal akan diadakan, dengan SPR menetapkan 9 Julai (esok) sebagai hari pengundian.

Selain Mirziyoyev, tiga lagi calon bertanding untuk jawatan ketua negara itu.

Mereka ialah Ulugbek Inoyatov dari Parti Demokratik Rakyat, Abdushukur Khamzayev dari Parti Alam Sekitar dan ketua Parti Adolat (Keadilan) Sosial Demokrat Robakhon Makhmudova, yang berkhidmat sebagai Timbalan1 Pengerusi Mahkamah Agung. - Bernama