Jack Lim dilantik sebagai duta Wellous produk Tigrox

Jack Lim dipilih sebagai duta produk Tigrox: Tiger Milk King.
Jack Lim dipilih sebagai duta produk Tigrox: Tiger Milk King.
A
A
A

BANGSAR - Selebriti, Jack Lim dilantik sebagai duta siri produk Tigrox: Tiger Milk King, pencetus trend dalam makanan berfungsi khas, jenama tempatan Malaysia, Wellous.

Pengarah Jenama Wellous, Wind Lee berkata, Jack dipilih kerana beliau mampu melunaskan tugasan yang diamanahkan walaupun melakukan pelbagai pekerjaan sama ada selebriti atau penyampai radio.

Menurutnya, Jack juga amat menitikberatkan kesihatan dalam kehidupannya.

“Dia ada satu kumpulan yang sama dengan slogan iklan kita iaitu Wellous yang sentiasa mahu berikan yang terbaik.

“ Sesuai dengan ‘Wellous, We care’, kita mahu menjaga kesihatan kita dan orang sekeliling,” katanya sempena Pelancaran Duta Produk Tigrox pada Jumaat.

Dalam pada itu, Wind Lee berkata, syarikat menyasarkan untuk melancarkan antara dua hingga tiga produk baharu menjelang tahun hadapan.

Menurutnya, pada masa yang sama, Wellous akan dieksport ke seluruh negara terutama produk siri Tigrox.

“Tiger Milk King dibuat daripada cendawan harimau. Bahan tersebut merupakan satu khazanah di Malaysia dan unik.

Artikel Berkaitan:

“Jadi, kita mahu beritahu seluruh negara bahawa bahan ini dibuat di Malaysia, khususnya syarikat Wellous sendiri,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, produk Tigrox: Tiger Milk King telah dieksport ke Brunei, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Indonesia.

“Wellous turut mendedikasikan masa dan tenaga bagi menghasilkan video muzik khas untuk kempen tersebut.

“Kita sering mengabaikan gejala dan petanda bagi sesuatu penyakit, justeru kami ingin menyebarkan kesedaran mengenai kesihatan melalui lirik lagu dengan cara kreatif,” katanya.

Wind Lee berkata, siri Tigrox dihasilkan berdasarkan keperluan rakyat Malaysia dalam beberapa aspek kesihatan.

Wind Lee
Wind Lee

“Kami percaya dengan menambah nutrien yang betul adalah langkah pertama dan terpenting untuk kekal sihat,” jelasnya.

Menurutnya lagi, Wellous turut menawarkan hadiah lumayan bernilai lebih RM500,000 termasuk sebuah kereta mewah kepada pelanggan setia sempena ulang tahun kelima mereka.

Sementara itu, Jack Lim melahirkan rasa bangga dipilih sebagai duta produk dalam syarikat berkenaan.

“Setahun lalu, saya kenal Wellous kerana ia membantu program saya.

“Saya mencuba produk tersebut dan ternyata ia membantu memulihkan kesihatan saya, menyihatkan serta membuatkan saya bertenaga,” kata beliau.