X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Berteduh di rumah pusaka uzur

Salim dan Siti Ramlah menunjukkan bahagian rumah yang dimakan anai-anai yang membahayakan mereka berdua.
A
A

HUTAN MELINTANG - Seorang bekas tentera yang tinggal di sebuah rumah pusaka uzur di Kampung Teluk Buluh, di sini merayu bantuan kediaman baharu demi keselamatan.

Salim Mohd Alias, 68, berkata, rumah pusaka berusia 47 tahun yang didiaminya kini kian mereput akibat dimakan anai-anai.

Menurutnya, bahagian atas rumah dua tingkat separa kayu itu tidak lagi boleh digunakan sejak lima tahun lalu kerana keadaan lantai yang tidak kuat.

"Saya tinggal berdua dengan isteri di rumah ini. Hanya bahagian bawah sahaja yang selamat digunakan kerana struktur batu.

"Memang selama ini saya tak pernah mohon apa-apa bantuan berkaitan rumah sebab tak tahu macam mana nak buat. Harap ada pihak sudi membantu," katanya kepada pemberita selepas ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Buluh di sini pada Khamis.

Salim memulakan perkhidmatan di Kem Terendak, Melaka sebelum mengakhirinya di Kem Sungai Besi pada tahun 1993.

Keadaan bahagian atas rumah Salim yang menunggu masa untuk runtuh.
Keadaan bahagian atas rumah Salim yang menunggu masa untuk runtuh.

Menurutnya, selepas meninggal kerjaya sebagai tentera, dia bekerja di sebuah kilang swasta dan kini bersara sepenuhnya.

Jelasnya, dengan hanya mengharapkan wang pencen dan pemberian anak-anak, dia mengakui tidak mampu untuk membaik pulih rumah tersebut.

Salim berkata, wang yang ada hanya mampu bertahan untuk makan dan minum sahaja.

"Saya sangat berharap ada pihak yang boleh membantu kerana saya pun tak sihat sangat.

"Memang dah tak boleh nak buat apa sebenarnya rumah ini. Dari tiga bilik kini hanya dua bilik sahaja yang boleh digunakan sebab dah teruk," katanya yang tinggal berdua bersama isteri, Siti Ramlah Mahlan, 63.

Menurutnya, pihak berkaitan diharap dapat mempertimbangkan hasratnya untuk memiliki rumah yang lebih baik itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!