Nur Zuriani bersama empat pelatih pusat pemulihan hilang

Nur Zuriani hilang bersama empat remaja pusat pemulihan.
Nur Zuriani hilang bersama empat remaja pusat pemulihan.
A
A
A

HULU LANGAT - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang dari sebuah pusat pemulihan, di sini, Ahad lalu.

Remaja terbabit, Nur Zuriani Shamsul Ng disedari hilang selepas penyelia pusat pemulihan berkenaan ada individu telah memasuki pejabat dan kunci yang berada di atas meja turut hilang.

Abang Ipar, Mohd Sabri Md Zain berkata, penyelia pusat pemulihan tersebut telah memaklumkan keluarganya mengenai kejadian kehilangan Nur Zuriani.

“Sehingga kini, Nur Zuriani masih belum pulang, kami bimbang terhadap keselamatannya, saya berharap orang ramai dapat membantu mengesan adik ipar saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Nur Zuriani turut dilaporkan hilang bersama empat lagi remaja perempuan yang dikenali sebagai Nurul Ellysha Aziz, 18, Nur Syafiq Noor Azlan, 16, Nur Sofiyah Afina Khairi, 17 dan Nur Fatiyah Aris, 15.

Ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang, penyelia berkenaan memasuki pejabat untuk solat Zuhur, selesai solat dia mendapati kunci yang berada di atas meja pejabat telah hilang.

Dia kemudian keluar dan mendapati pintu pagar hadapan pusat pemulihan itu terbuka. Kesemua remaja perempuan itu sedang menjalankan rawatan di pusat pemulihan tersebut.

Laporan polis mengenai kejadian tersebut telah dibuat di Balai Polis Batu 14 Hulu Langat pada Isnin lalu.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau Mohd Sabri di talian 019-29413922.