Covid-19: Kes positif seluruh dunia hampiri 248 juta, korban 5.019 juta

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban, Filipina di tangga kedua dengan lebih 43,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes. - Gambar hiasan
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban, Filipina di tangga kedua dengan lebih 43,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes. - Gambar hiasan
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 247.988 juta, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 46 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.8 juta kes.

United Kingdom kini catat lebih sembilan juta kes, manakala Rusia dan Turki turut memasuki kumpulan negara yang catat lebih lapan juta kes.

Perancis pula mencatatkan lebih tujuh juta kes sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi lima juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.7 juta, Malaysia lebih 2.4 juta kes dan Thailand dengan 1.9 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 204,000 kes.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi lima juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat yang kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 749,000 kes.

Menjadikan angka kematian global akibat virus itu kini 5.019 juta.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 608,000 kes, India lebih 459,000 kes dan Mexico lebih 288,000 kes.

Sementara Rusia kini catat lebih 237,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 95,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 43,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes manakala Thailand dengan lebih 19,000 angka korban. - Awani