Pemilik, pengunjung dua pusat hiburan dikompaun

Antara pengunjung pusat hiburan yang dikompaun dalam serbuan pada Rabu.
Antara pengunjung pusat hiburan yang dikompaun dalam serbuan pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengeluarkan kompaun RM25,000 kepada dua pemilik pusat hiburan di sini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Rabu.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, sebanyak 30 kompaun berjumlah RM150,000 telah dikeluarkan ke atas pengunjung dalam serbuan di premis pertama pada jam 12 tengah malam.

"Sebanyak 18 kompaun dengan nilai RM90,000 telah dikeluarkan ke atas pengunjung di premis kedua," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Azman berkata, nilai keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan berjumlah RM290,000.

"Kompaun tersebut dikeluarkan mengikut pelanggaran Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) semasa tempoh Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara bagi Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, seramai 23 pengunjung di premis pertama disaring ujian air kencing dan semua hasil keputusan adalah negatif.

Artikel Berkaitan: