840 guru Semenanjung ditempatkan di Sabah, Sarawak

Bagi tempoh 2018 hingga 2021, seramai 4,014 guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak daripada 17,718 orang guru baharu lantikan tetap DG41 ditempatkan di sekolah rendah dan menengah.- Foto 123rf
Bagi tempoh 2018 hingga 2021, seramai 4,014 guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak daripada 17,718 orang guru baharu lantikan tetap DG41 ditempatkan di sekolah rendah dan menengah.- Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 840 guru yang berasal dari Semenanjung telah ditempatkan di Sabah dan Sarawak bagi tempoh 2018 hingga 2021 sebagai memenuhi keperluan opsyen di dua negeri itu.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi jawapan yang disiarkan dalam laman sesawang Parlimen pada Selasa, ia berikutan bilangan graduan berasal dari Sabah dan Sarawak belum mencukupi untuk memenuhi keperluan opsyen di sekolah bagi dua negeri itu.

“Bagi tempoh 2018 hingga 2021, seramai 4,014 guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak daripada 17,718 orang guru baharu lantikan tetap DG41 ditempatkan di sekolah rendah dan menengah dalam negeri kelahiran mereka,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani).

Johari meminta kementerian menyatakan status program guru yang tamat pengajian di Institut Perguruan ditempatkan ke negeri asal mereka memandangkan masih ramai guru dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah dan Sarawak sedangkan ramai dari negeri itu yang masih bertugas di Semenanjung. - Bernama

Artikel Berkaitan: