Lepas gian dalam ladang kelapa sawit

Antara penagih yang ditahan dalam Op Sarang.
Antara penagih yang ditahan dalam Op Sarang.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Menjadikan kawasan ladang kelapa sawit sebagai tempat untuk melepaskan gian namun itu tidak berjaya mengaburi mata pihak berkuasa apabila sarang penagih dadah itu diserbu polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, Op Sarang yang bermula jam 6.45 pagi itu menumpukan kawasan di ladang kelapa sawit Kampung Bukit Teh, Machang Bubok di sini.

Menurutnya, hasil risikan yang dibuat mendapati kumpulan penagih dadah akan berkumpul di sekitar ladang kelapa sawit berkenaan seawal jam 6 pagi untuk melepaskan gian.

"Dalam serbuan itu seramai 37 orang diperiksa polis dan 35 daripadanya termasuk seorang perempuan didapati positif dadah jenis morphine dan amphetamine.

"Semakan yang dilakukan mendapati 22 daripada mereka mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah dan selebihnya merupakan tangkapan baharu," katanya ketika dihubungi di sini.

Nik Ros Azhan berkata, kesemua yang ditahan berusia 26 hingga 60 tahun bekerja sebagai pekebun dan penggangur.

Katanya, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: