Mesej tular kes samun bersenjata berita palsu: Polis

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan kejadian samun menggunakan senjata disembunyikan di sebalik kad nama seperti yang ditularkan menerusi satu mesej di aplikasi WhatsApp adalah berita palsu.

Individu yang mereka pesanan itu mendakwa menerima maklumat berkenaan daripada anggota polis trafik menyatakan seramai enam orang mangsa kejadian samun tersebut sudah membuat laporan polis.

Urus setia Komunikasi Korporat Ketua Polis Negara, Superintendan Skandaguru Anandan berkata, tiada sebarang laporan diterima berkaitan kejadian samun yang menggunakan modus operandi sedemikian.

"Sebaran maklumat tersebut mendakwa terdapat individu yang mengetuk cermin pintu kereta sambil menghulurkan sekeping kad untuk bertanyakan arah pada masa sama terdapat mata pisau di belakang kad tersebut digunakan untuk mencederakan mangsa.

Mesej tular di media sosial sejak tahun 2014.
Mesej tular di media sosial sejak tahun 2014.

"Semakan mendapati mesej tersebut mula tular sejak tahun 2014. Turut tular dua keping gambar individu cedera didakwa mangsa kejadian samun berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Skandaguru memberitahu, gambar lelaki dikelar di bahagian muka yang didakwa sebagai mangsa kejadian samun tersebut adalah mangsa pergaduhan di sebuah pusat hiburan di luar negara.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak percaya dengan berita yang diperoleh tanpa memeriksa kesahihan maklumat tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat," katanya.