Anggota PGA, dua individu didakwa seludup PATI

Seorang anggota PGA (hadapan) berpangkat koperal bersama dua individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas pada Selasa atas tuduhan menyeludup lima PATI.
Seorang anggota PGA (hadapan) berpangkat koperal bersama dua individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas pada Selasa atas tuduhan menyeludup lima PATI.
A
A
A

PASIR MAS - [DIKEMASKINI] Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal bersama dua individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan menyeludup lima pendatang asing tanpa izin (PATI).

Tertuduh, Muhd Nor Hafifi Md Khanapiah, 33, Mohd Azhar Mohamad, 28, dan Muhammad Rahmat Muhammad, 33, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Badrul Munir Mohd Hamdy.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan semasa proses tersebut berjalan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan penyeludupan lima migran warga Thailand semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Lalang Pepuyu, Tanah Merah pada 6 Oktober lalu dan kesalahan itu dilakukan pada jam 10 malam.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun, atau denda atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Abu Arsalnaa Zainal Abidin.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 9 Disember ini untuk memanggil kesemua migran itu bagi tujuan merekodkan keterangan.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh ketiga, Muhammad Rahmat diwakili peguam Shaharuddin Mohamed, manakala dua lagi tidak diwakili peguam.