Tiada kematian disebabkan vaksin

Sejak bermulanya Program Imunisasi Covid-19 (PICK) sehingga 27 Oktober lalu, sebanyak 966,690 respons kendiri mengenai kesan sampingan pengambilan vaksin telah diterima melalui aplikasi MySejahtera. - Foto fail Bernama
Sejak bermulanya Program Imunisasi Covid-19 (PICK) sehingga 27 Oktober lalu, sebanyak 966,690 respons kendiri mengenai kesan sampingan pengambilan vaksin telah diterima melalui aplikasi MySejahtera. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kes kematian yang dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin Covid-19 walaupun terdapat 519 laporan kes kematian dalam kalangan penerima vaksin di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia bersandarkan data oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 (JFK) untuk penilaian kausaliti antara kesan sampingan dan vaksin yang diambil.

Katanya, sejak bermulanya Program Imunisasi Covid-19 (PICK) sehingga 27 Oktober lalu, sebanyak 966,690 respons kendiri mengenai kesan sampingan pengambilan vaksin telah diterima melalui aplikasi MySejahtera.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 1,483 laporan dikategorikan sebagai serius di mana penerima vaksin menerima rawatan di hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut.

"Semua kes yang dikategorikan sebagai serius akan disiasat secara menyeluruh dan terperinci oleh fasiliti kesihatan yang berkenaan.

"Bagaimanapun, daripada jumlah kes serius setakat ini, terdapat 519 laporan yang merekodkan kes kematian dalam kalangan penerima vaksin Covid-19.

"Bagaimanapun, setelah penilaian kausaliti dijalankan, tiada kes kematian yang dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin Covid-19 yang telah diberikan, setakat ini," katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu-Alor Gajah) yang mahu kementeriannya memaklumkan secara terperinci berkaitan langkah keselamatan bagi memastikan vaksin yang diterima bersesuaian dengan kondisi badan penerima.

Artikel Berkaitan: