Mangsa banjir di Kedah terus meningkat

 Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 546 orang daripada 160 keluarga setakat jam 8 pagi ini. - Foto fail APM
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 546 orang daripada 160 keluarga setakat jam 8 pagi ini. - Foto fail APM
A
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 546 orang daripada 160 keluarga setakat jam 8 pagi ini berbanding 523 orang daripada 159 keluarga pada sebelah malam Ahad.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof dalam kenyataan pada Isnin berkata, 11 mangsa dipindahkan di daerah Pendang dan 26 orang di daerah Kota Setar.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pokok Sena iaitu Masjid Sungai Durian yang menempatkan 14 mangsa daripada enam keluarga sebelum ini telahpun ditutup sepenuhnya.

Katanya, PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah di Pendang menempatkan 199 mangsa, manakala 22 orang ditempatkan di PPS Surau Permatang, di Pokok Sena dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar adalah bagi daerah Kota Setar.

Tujuh PPS yang masih beroperasi di Baling ialah SK Tanjung Pari, SK Siong, Dewan Orang Ramai Banggol Derom, SK Titi Gantung, SK Tengku Putera, SK Pulai dan SK Keda yang keseluruhannya masih menempatkan seramai 279 mangsa banjir setakat pagi Isnin iaitu sama seperti malam Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan: