Tze Yong gegar bumi Belgium

Tze Yong - Foto Persatuan Badminton Malaysia
Tze Yong - Foto Persatuan Badminton Malaysia
A
A
A

PEMAIN muda perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mencipta sensasi tersendiri apabila menjuarai kejuaraan Cabaran Antarabangsa Belgium di Leuven, malam tadi.

Pada perlawanan akhir, Tze Yong yang muncul naib juara Terbuka Czech di Brno minggu lalu, mudah mengatasi pemain pilihan kelima, Ajay Jayaram, 34 tahun dari India yang berstatus 63 dunia straight set 21-14 dan 21-14.

Pemain berstatus ke-74 dunia berasal dari Johor yang tampil luar biasa di kejuaraan Piala Sudirman dan Piala Thomas sebelum itu menempah slot perlawanan akhir apabila bangkit menewaskan pemain Jepun, Yusuke Onodera 20-22, 21-15 dan 23-21 pada peringkat separuh akhir.

Kejuaraan Cabaran Antarabangsa Belgium ini merupakan kejuaraan kedua Tze Yong selepas mengegarkan Terbuka Poland pada Mac lalu, ini juga merupakan kejuaraan ketiga peribadinya selepas mengungguli saingan Antarabangsa Australia Selatan 2019.

Artikel Berkaitan: