X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

RM1 bilion selenggara, tambah baik sekolah

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan menyediakan sejumlah RM1 bilion untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan sekolah.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan tersebut termasuk RM140 juta diberikan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menyelenggarakan sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar.

“Jumlah ini meningkat berbanding RM100 juta pada tahun 2021,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tengku Zafrul berkata, peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10,000 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar yang seragam.

Menurutnya, bagi tahun 2022, sebanyak RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.

Selain itu, katanya, kerajaan akan terus menaik taraf sekolah-sekolah daif dengan peruntukan dinaikkan kepada RM746 juta.

“Sebilangan besar peruntukan ini adalah untuk menaik taraf sekolah daif dengan 112 projek di Sabah dan 165 projek di Sarawak, “ ujar beliau.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!