Program Rumah Rakyat Pahang diperluas ke kawasan Felda

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang akan memperluaskan pelaksanaan Program Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk golongan memerlukan termasuk di kawasan Felda.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan mesra generasi kedua Felda itu dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada Rabu lalu.

Menurutnya, keputusan itu sebagai satu lagi usaha membantu generasi kedua Felda memiliki rumah di atas tanah hak milik keluarga dalam kawasan rancangan tanah berkenaan.

"RRP bernilai RM65,000 secara percuma akan dibina di tapak sama rumah ibu bapa mereka yang layak.

"Bagaimanapun ia bergantung kepada kebenaran ibu bapa serta adik-beradik lain sebelum rumah itu dibina," katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri telah membuat semakan dan keputusan itu tidak bercanggah dengan undang-undang manakala pihak Felda juga tidak mempunyai sebarang halangan kepada pengenalan dan pelaksanaannya.

"Justeru, pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan terlibat diminta memudahcarakan program itu supaya berjalan lancar dan serta memanfaatkan penerima.

"Pegawai Daerah pula akan berperanan mengenal pasti dan memilih golongan layak menerima RRP ini termasuk penerima dalam tanah rancangan Felda," katanya.

Artikel Berkaitan: