Sila log masuk terlebih dahulu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air antara Hala Tuju JANS

Bung Moktar merasmikan Bengkel Hala Tuju Jabatan Air negeri Sabah, di Kota Kinabalu.
Bung Moktar merasmikan Bengkel Hala Tuju Jabatan Air negeri Sabah, di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri antara perkara yang akan dimasukkan dalam Hala Tuju Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, penubuhan suruhanjaya ini merupakan penyelesaian jangka panjang untuk menangani masalah air di Sabah.

Katanya, suruhanjaya ini akan mengawasi perkhidmatan air dan pembentungan di negeri ini.

"Kita yakin penubuhan suruhanjaya air ini akan mengurangkan birokrasi dan meningkatkan kecekapan negeri mengurus masalah air yang sekian lama berlaku di negeri ini," katanya selepas merasmikan Bengkel Hala Tuju Jabatan Air negeri Sabah, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan agar Sabah membuat satu enakmen yang berfungsi seperti Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Perkhimdatan Air Negara seperti mana yang digunakan di Semenanjung dan Labuan ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau di Dewan Rakyat pada khamis.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menjelaskan, pindaan terhadap enakmen air Sabah mesti dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu sebelum dapat dilakukan.

Sehubungan itu, Bung Moktar berkata, bengkel yang diadakan adalah forum yang paling sesuai bagi membincangkan secara terperinci dengan mengambil kira baik buruk pilihan yang ada.

"Bagi menangani isu-isu bekalan air di Sabah, JANS memerlukan sekitar RM13 bilion bagi mengganti dan menaik taraf sistem bekalan air seperti rangkaian paip lama dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) yang bermasalah

Artikel Berkaitan:

"JANS adalah satu-satunya utiliti air di Malaysia yang masih berstatus jabatan dan menguruskan bekalan airnya sendiri tanpa bantuan secara langsung daripada kerajaan Persekutuan.

"Jadi, kita berharap melalui suruhanjaya air yang bakal diwujudkan oleh kerajaan negeri nanti, bantuan secara langsung dapat diperoleh daripada kerajaan Pusat untuk menampung kos perbelanjaan yang tinggi bagi meningkatkan sistem bekalan air di Sabah," ujarnya.