Isu jenama Timah: Kerajaan digesa didik masyarakat fikir secara logik

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendidik masyarakat untuk memikirkan secara lebih logik berhubung isu jenama Timah.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang membuat gesaan itu turut menceritakan tentang anaknya yang suka memakan sosej.

"Dulu ketika kecil, kita suka makan A&W ada ‘hot dog’, lepas itu ada ‘coney dog’. Macam mana?

“Anak saya suka makan ‘hot dog’, takkan saya nak kata tak boleh makan ‘anjing panas’. Saya rasa yang penting kita kena didik masyarakat kita memikirkan secara lebih logik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid kemudian dalam penggulungannya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Azalina.

Menurutnya, isu seperti ini akan menjadi tidak berkesudahan.

“Setuju dengan Pengerang. Sebenarnya kita tidak mahu ianya dijadikan satu ‘precedent’ (duluan). Tidak akan ada kesudahan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: