Perbuatan merokok di kedai makan meningkat: Khairy

KKM menjalan penguatkuasaan bagi memastikan premis makanan bebas asap rokok.
KKM menjalan penguatkuasaan bagi memastikan premis makanan bebas asap rokok.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perbuatan merokok di tempat makan kembali meningkat susulan peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membenarkan semula aktiviti makan di premis kedai dan restoran.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam kenyataannya berkata, sejak Januari hingga 24 Oktober, sebanyak 3,419 notis kesalahan di tempat makan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32B, Penguatkuasaan Larangan Merokok di bawah Peraturan 11(1) PPKHT 2004 (PPKHT).

Menurut beliau, lima negeri dengan pengeluaran notis kesalahan paling tinggi ialah Terengganu iaitu 652 notis, Pahang (601), Sarawak (365), Perak (356) dan Kuala Lumpur (303).

"KKM telah mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan khususnya selepas peralihan fasa PPN dan kebenaran makan di tempat makan telah diberikan oleh kerajaan.

"Sebagai contoh, operasi mega telah dijalankan di Kuala Lumpur pada 23 Oktober lalu melibatkan seramai 70 orang anggota daripada Bahagian Kawalan Penyakit, KKM, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya," katanya pada Selasa.

Beliau memberitahu, sebanyak 20 notis kesalahan di bawah Seksyen 32B dikeluarkan melibatkan 15 kesalahan merokok di tempat makan.

"Lima kesalahan dikenakan ke atas pemilik premis kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada individu merokok di premis masing-masing," katanya.

Khairy berkata, sebanyak 41 notis juga telah dikeluarkan bagi kesalahan merokok di kompleks membeli belah.

Artikel Berkaitan:

Lima kesalahan dikenakan ke atas pemilik premis kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada individu merokok di premis
Lima kesalahan dikenakan ke atas pemilik premis kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada individu merokok di premis

"Aktiviti penguatkuasaan larangan merokok juga telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Johor pada 25 Oktober melibatkan seramai 128 anggota.

"Sebanyak 35 notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32B melibatkan 23 kesalahan merokok di tempat makan dan tiga kesalahan dikenakan ke atas tuan punya premis," katanya.

Tegas Khairy, larangan merokok bukan bertujuan menghukum golongan perokok sebaliknya bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat merokok kepada berkenaan serta perokok pasif iaitu mereka yang berada di sekeliling.

"Pelaksanaan ini juga penting terutama ketika negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19," katanya.

Tambahnya, KKM akan sentiasa membantu golongan perokok untuk berhenti merokok.

"Pendaftaran ke perkhidmatan berhenti merokok mQuit boleh dibuat melalui laman sesawang www.jomquit.com," katanya.