42 rakyat Malaysia di Sudan selamat

Wisma Putra
Wisma Putra
A
A
A

PUTRAJAYA - Kesemua 42 rakyat Malaysia termasuk 27 pelajar yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan dilapor berada dalam keadaan selamat.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia sedang memantau rapat perkembangan di Sudan berikutan laporan pengambilalihan kerajaan oleh pihak tentera di sana.

"Pada masa yang sama, kementerian akan terus berusaha melindungi kesemua kepentingan Malaysia di negara itu termasuk Kompleks Petronas Sudan yang turut menempatkan kedutaan besar kita dan Agensi-Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa," kata kenyataan itu pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, kebimbangan Malaysia mengenai keselamatan rakyat negara ini di sana telah disampaikan kepada Kuasa Usaha Sudan yang telah dipanggil ke Wisma Putra pada petang Isnin.

"Kementerian menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Sudan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum di alamat Rumah Malaysia House 17, 17, Block B21, Street Khalifa Abdullah, Al Riyadh, membuat panggilan telefon ke +249 99 070 0350 atau e-mel, mwkhartoum@kln.gov.my.

"Kedutaan boleh dihubungi melalui Facebook @Malawakil.Khartoum dan Twitter, @MTEM Khartoum.

"Sementara itu, Wisma Putra boleh dihubungi di talian 03-88874201/4530 atau selepas waktu pejabat, 03-88874570," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: