Melaka akur SOP KKM

Sulaiman (kiri) ketika mnyampaikam sumbangan kepada seorang warga emas di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada Isnin.
Sulaiman (kiri) ketika mnyampaikam sumbangan kepada seorang warga emas di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akur dengan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad.

Ketua Menteri Sementara, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, sebagai rakyat negeri ini beliau menerima apa sahaja SOP yang ditetapkan demi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan seluruh rakyat Melaka dalam kondusif.

"Saya akur dengan apa sahaja SOP yang ditetapkan dan mungkin Mesyuarat Jawatankuasa Covid-19 negeri Melaka ada cadangan lain yang akan bermesyuarat bersama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di peringkat negeri.

"Sekiranya ada keputusan ataupun SOP penambahbaikan di peringkat negeri itu, kita tunggu mesyuarat jawatankuasa Covid-19 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penerima warga emas dan orang kurang upaya (OKU) Parlimen Hang Tuah Jaya di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada Isnin.

Sulaiman berkata, beliau yakin jentera parti Barisan Nasional (BN) akan menggerakkan kempen secara maya melalui platform media sosial seperti Twitter dan sebagainya bagi mendekati pengundi.

"Bagi memastikan jangkitan Covid-19 tidak meningkat, semua pihak juga perlu akur dengan SOP yang ditetapkan oleh KKM.

"Saya yakin mana-mana parti pun bersedia dengan kaedah SOP melalui media massa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuklah penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya tidak dibenarkan berkuat kuasa pada 25 Oktober ini hingga 27 November depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebarang perhimpunan atau majlis sosial yang dianjurkan tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan.