X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

'Bimbang DAP kembali berkuasa, pastikan kemenangan mutlak UMNO'

Ahmad Zahid Hamidi
A
A

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional adalah parti politik yang paling berkredibiliti dan diyakini dalam menolak idealisme DAP.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika benar bimbangkan DAP kembali berkuasa maka marilah pastikan kemenangan mutlak kepada UMNO.

Tambahnya, ini kerana UMNO dan BN terbukti boleh dipercayai, mampu dan konsisten dalam soal pendirian.

“Sejarah politik tanah air menyaksikan UMNO/BN parti politik yang teguh menolak idealisme DAP.

“UMNO/BN malah tidak pernah menjalin kerjasama politik dengan DAP dalam apa bentuk keadaan sekali pun,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Ujar Ahmad Zahid, beliau mendakwa semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), UMNO melawan DAP sedangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjulang parti tersebut (DAP).

“Selepas PRU14, UMNO/BN tetap menolak DAP, Bersatu pula bersekutu dan berusaha mempertahankan DAP.

“Bersatu meninggalkan DAP hanya selepas sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada mereka merosot teruk.

“Pemimpin UMNO/BN tidak pernah sanggup mengadakan sidang media secara 'live' merayu talian hayat DAP untuk kekal berkuasa,” jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!