PRN Melaka: Aktiviti perhimpunan, majlis sosial tidak dibenarkan

Khairy Jamaludin
Khairy Jamaludin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuklah penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya tidak dibenarkan berkuat kuasa pada 25 Oktober ini hingga 27 November depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebarang perhimpunan atau majlis sosial yang dianjurkan tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan

akan meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

"Susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (PRN) berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul (mass gathering) dari seluruh negara.

"Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan tidak dibenarkan.

"Semua pihak dikehendaki mematuhi peraturan, SOP dan arahan yang telah ditetapkan demi memastikan tiada penularan jangkitan Covid-19 selain dapat mencegah peningkatan kes dan kejadian kluster," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut Khairy berkata, larangan tersebut juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa Empat yang terkini.

Justeru, jelas beliau, sebarang pelanggaran kepada arahan tersebut oleh individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Artikel Berkaitan: