Budak tiga tahun dikhuatiri lemas di sungai

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan di Sungai Tawau, Sungai Tawau, Kampung Jawa Lanut, Tawau.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan di Sungai Tawau, Sungai Tawau, Kampung Jawa Lanut, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas di Sungai Tawau, Kampung Jawa Lanut, di sini pada pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Mohd Alif Amuddin dikatakan tergelincir sebelum terjatuh dari jambatan sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang sebelum enam anggota bersama seorang pegawai operasi bergegas ke lokasi.

"Pencarian dilakukan bersama pasukan polis dengan menyusuri sungai pada jarak dua kilometer radius dari lokasi mangsa dilaporkan lemas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun Julius berkata, mangsa tidak ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 6.05 petang.

"Operasi akan disambung pada keesokan hari (Ahad) dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Artikel Berkaitan: