11 kes baharu Covid-19 di Sarawak perlukan ventilator

Hanya 11 daripada 587 kes baharu Covid-19 di Sarawak pada Sabtu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Hanya 11 daripada 587 kes baharu Covid-19 di Sarawak pada Sabtu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

KUCHING - Hanya 11 daripada 587 kes baharu Covid-19 di Sarawak pada Sabtu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan baki 576 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

“Pertambahan kes menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 235,802.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 156 kes diikuti Miri (120), Sibu (84) dan Bintulu (32),” kata kenyataan itu.

Selain itu, 15 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 15 Oktober sehingga semalam manakala jumlah kluster yang aktif sebanyak 40. - Bernama

Artikel Berkaitan: