Lebih 3,000 hadapi masalah mental manfaat program Sehat

Dr Siti Mariah (dua dari kiri) bertanya khabar peserta program.
Dr Siti Mariah (dua dari kiri) bertanya khabar peserta program.
A
A
A

PUCHONG - Lebih 3,000 pengguna pengakses aplikasi mudah alih Selangkah memanfaatkan Program Selangor Mental Sihat (Sehat) sejak dilancarkan 30 Ogos lalu.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, dalam tempoh sama video edukasi psikologi turut menerima tontonan lebih 12,000 kali.

Beliau memberitahu, program Sehat bertujuan menangani pelbagai isu kesihatan mental yang sedang membelenggu penduduk di negeri berkenaan.

Menurutnya, ia juga memudahkan pengguna mendapat akses untuk melakukan saringan kendiri bagi mengetahui status kesihatan mental dan tiga intervensi awal kesihatan mental.

"Pengguna juga mendapat akses kepada tiga intevensi awal iaitu video edukasi psikologi, forum serta talian dan sebanyak 30 video edukasi psikologi ini diintegrasi bersama aplikasi Selangkah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang ditemui Sinar Harian selepas melancarkan Modul Psikologi Positif Sehat sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia di Seri Aman pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau percaya peningkatan masalah mental kerana lebih setahun berlaku perubahan rutin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain dibebani masalah kewangan.

Mengenai pelancaran Modul Psikologi Positif Sehat pula, beliau berkata, modul itu dibangunkan

Artikel Berkaitan:

dua pakar dalam bidang berkaitan iaitu Profesor Dr Intan Hashimah Mohd Hashim dan Prof Madya Dr Tan Chee.

Tambahnya, modul baharu yang dibangunkan dalam program Sehat itu mengambil pendekatan psikologi sangat penting kerana ia berasaskan kepada pembinaan kekuatan individu dalam komuniti.