Legoland perlu terus beroperasi

Legoland antara tarikan utama di Johor.
Legoland antara tarikan utama di Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor yakin Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) akan membuat keputusan perniagaan terbaik berhubung pertimbangan menjual Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia).

EXCO Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, beliau yakin Khazanah akan berbuat sedemikian berdasarkan keadaan semasa.

"Legoland (Malaysia) merupakan kepentingan komersil dimiliki oleh Khazanah. Saya yakin mereka akan membuat keputusan perniagaan terbaik berdasarkan keadaan.

"Setahu saya, belum ada pembeli (setakat ini)," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Cai Tung berkata, bagaimanapun, sama ada taman tema tersebut akan dijual kepada pihak lain atau tidak, bukanlah isu.

"Kebimbangan saya adalah bagi memastikan Legoland (Malaysia) untuk terus beroperasi dan menarik pelancong ke Johor.

"Ini kerana Legoland (Malaysia) merupakan jenama antarabangsa yang terkenal," katanya.

Artikel Berkaitan: