Cahaya misteri muncul di langit Queensland

Cahaya misteri (kanan) dirakamkan di bandar Mount Isa, Queensland baru-baru ini. - Foto BOM Radar Fan Club/Facebook
Cahaya misteri (kanan) dirakamkan di bandar Mount Isa, Queensland baru-baru ini. - Foto BOM Radar Fan Club/Facebook
A
A
A

BRISBANE - Satu cahaya misteri muncul di langit sebuah kawasan pendalaman di negeri Queensland, Australia baru- baru ini.

Berikutan itu, para pengguna media sosial yang membaca melihat gambar cahaya misteri itu yang dihantar oleh seorang wanita di Facebook turut bingung bagi memberikan jawapan tepat tentang kewujudan cahaya tersebut.

Cahaya itu pada mulanya dikesan oleh seorang wanita yang namanya tidak didedahkan selepas ia dirakamkan menerusi kamera pada papan pemuka sebuah kenderaan di bandar Mount Isa, Queensland.

Cahaya itu muncul selama beberapa saat sebelum ia hilang di langit.

Wanita itu kemudian meminta pandangan daripada netizen kelab peminat Radar Biro Meteorologi di Facebook untuk mendapatkan jawapan.

Salah seorang netizen memberikan pandangannya dengan menyatakan ia kemungkinan sebuah komet yang kecil.

Bagaimanapun, seorang netizen di laman Facebook itu menyatakan cahaya tersebut kemungkinan objek terbang tidak dikenali atau UFO. - Agensi

Artikel Berkaitan: