X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Penerima vaksin Sinovac terima dos penggalak secara heterologous

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Individu yang telah lengkap suntikan dos vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan lalu akan diberikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech secara heterologous (pemberian dos penggalak bagi jenis vaksin berlainan).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebagai permulaan dos penggalak secara heterologous akan diberikan kepada individu berumur 60 tahun ke atas berdasarkan saranan Strategic Advisory Group of Expert (SAGE) on Immunization daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Pemberian dos penggalak secara heterologous ini adalah secara penggunaan off-label dan dijadikan sebagai cabang kajian dalam kajian The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination (RECoVaM) serta kajian kesan advers serius selepas vaksinasi (SAFECOVAC) kepada semua penerima," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, pemberian dos penggalak akan diterajui oleh pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.

Beliau berkata, individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon yang berdaftar

bagi individu yang tidak mempunyai MySejahtera.

"Kaedah temujanji pemberian dos penggalak akan ditambah baik dari masa ke masa dan tidak lama lagi penerima vaksin boleh membuat janji temu melalui sistem yang

sedang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM.

"KKM amat menggalakkan supaya setiap individu yang layak mengambil dos penggalak supaya mendapat perlindungan yang optimum," ujarnya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, pelaksanaan pemberian dos penggalak telah dimulakan di seluruh negara sejak 13 Oktober lalu dengan menggunakan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech.

"Buat masa ini pemberian dos penggalak dilaksanakan bagi penerima vaksin Comirnaty sekurang-kurangnya enam bulan yang lalu dengan keutamaan kepada

anggota barisan hadapan, warga emas berusia 60 tahun ke atas serta individu dengan komorbid," katanya.

Setakat 19 Oktober, seramai 47,728 individu telah menerima dos penggalak.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!