Niaga hadapan FBM KLCI diniagakan rendah awal dagangan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada awal dagangan pada Khamis, sejajar dengan prestasi asas pasaran tunai.

Pada jam 9.20 pagi, kontrak Oktober 2021 rendah 5.0 mata kepada 1,600.50, November 2021 jatuh 5.5 mata kepada 1,599.50, Disember 2021 berkurangan 4.5 mata kepada 1,599.00 dan Mac 2022 turun 3.0 mata kepada 1,587.50.

Jumlah dagangan berjumlah 988 lot, manakala kepentingan terbuka pada 31,159 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 3.63 mata kepada 1,602.69 selepas 38 minit dagangan. -Bernama

Artikel Berkaitan: