X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Tiga maut, dua cedera insiden tembakan di Wisconsin, AS

Tiga terbunuh dan dua cedera parah dalam satu kejadian tembakan di bandar Kenosha di Wisconsin, Amerika Syarikat.Gambar hiasan
A
A

MOSCOW - Tiga terbunuh dan dua cedera parah dalam satu kejadian tembakan di bandar Kenosha di Wisconsin, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.

"KPD (Jabatan Polis Kenosha) kini berada di lokasi kejadian. Kami sahkan tiga orang maut manakala dua lagi mangsa dibawa ke hospital. Kedua-duanya dalam keadaan kritikal. KPD percaya ini kes terpencil dan tidak mendatangkan ancaman kepada masyarakat," menurut KPD di Twitter pada Rabu.

Siasatan lanjut mengenai kejadian sedang dijalankan.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!