Che Ta bayar gaji pemandu

Paparan Facebook
Paparan Facebook
A
A
A

KECOH di laman sosial selebriti dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta didakwa tidak mahu membayar gaji bekas pemandunya.

Disebabkan hal itu, ramai netizen menghentam dan mendesak agar Che Ta membayar gaji bekas pemandunya yang tertangguh itu. Isu ini semakin panas apabila pelakon itu turut membalas kenyataan yang dibuat oleh pemuda itu melalui Instagram (IG) story miliknya.

Namun, selepas didesak banyak pihak akhirnya Che Ta telah membayar gaji bekas pemandunya itu apabila perkara itu dimaklumkan sendiri oleh bekas pemandu itu melalui status terbaru yang dimuat naik oleh pemuda itu berserta foto resit bank.

"Assalamualaikum Sahabat semua, Alhamdulillah kes saya ni dah selesai dengan berkat doa dan bantuan anda semua gaji saya untuk bulan Februari dan saman no pendaftaran kenderaan che ta sudah selesaikan.

"Terima Kasih untuk segalanya tanpa anda semua tak mungkin saya mampu hadapi seorang diri. Ribuan terima kasih kepada Abang Helmy Nordin dan rakan-rakan yang lain yang saya tidak sebutkan disini kerana terlalu ramai yang membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini.

"Disini saya ingin meminta jasa baik semua untuk berhenti mengecam Che Ta kerana dia sudah menyelesaikan apa yang patut dia selesaikan," tulisnya.

Dia berharap anda semua jangan mengecam Che Ta lagi di Facebook dan akaun Instagramnya kerana perkara ini sudah diselesaikan di antara dua belah pihak.

Namun, katanya permenitaan Che Ta untuk dia membuat pengakuan maaf secara terbuka tidak akan dilakukannya.

Artikel Berkaitan:

"Dia meminta saya untuk membuat pengakuan maaf secara terbuka yang akan dibagi peguamnya untuk menjelaskan penyelesaian perkara ini tetapi saya mengikut nasihat dari abang Helmy Nordin (sahabat Facebook) untuk tidak membuat pengakuan maaf secara terbuka itu oleh kerana itu bukan salah saya.

"Untuk peringatan majikan mana-mana sahaja diluar sana ambillah apa yang terjadi pada saya ini sebagai pengajaran dan jangan ingat kami sebagai pemandu ini tiada maruah dan bukannya hamba abdi yang boleh dipergunakan sesuka hati tanpa kerelaan.

"Dan jangan pernah mencabar kuasa viral siapa yang lagi kuat kerana itu yang akan memakan diri sendiri dan ALLAH itu maha adil, siapa yang benar pasti akan menang walaupun sesukar mana pun perkara itu.

Malah, dia juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan jasa dan simpati terhadap dirinya.

"Saya tak mampu untuk membalasnya tapi ALLAH yang akan membalas segala jasa baik anda semua terhadap saya dan Alhamdulillah duit sumbangan anda itu saya gunakan untuk membayar apa yang patut saya bayar.

"Bagi saya anda semualah saudara saya dunia dan akhirat. Semoga ALLAH memberkati anda semua dengan limpahan rezeki dan kerjayaan dunia akhirat," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta jawab tuduhan tak bayar gaji