Che Ta jawab tuduhan tak bayar gaji

Paparan skrin Facebook individu yang didakwa sebagai bekas pemandu Che Ta (kiri) dan kenyataan Rozita Che Wan.
Paparan skrin Facebook individu yang didakwa sebagai bekas pemandu Che Ta (kiri) dan kenyataan Rozita Che Wan.
A
A
A
BERANG didakwa tidak bayar gaji bekas pemandunya seperti yang dijanjikan, pelakon dan pengacara terkenal, Rozita Che Wan tampil menjawab tuduhan itu.

Rozita atau Che Ta, 46, sebaliknya mendedahkan individu berkenaan tidak melakukan kerja dengan baik dan pernah memandu kereta sambil tidur.

"Kau kerja macam ta*i, kau nak aku viralkan ke macam mana kau kerja, apa kau ambil, apa kau buat malam-malam sampai bawa kereta sambil tidur.

"Bila hidup kau susah, jangan salahkan orang lain, tanya diri sendiri macam mana kerja kau," tulis Che Ta menerusi laman Instastory miliknya.

Menerusi laman Facebook pemuda itu, dia yang baharu bekerja selama dua bulan mendedahkan Che Ta enggan membayar gajinya sebanyak RM2,000.

Dia mendakwa tiada niat untuk membuka aib sesiapa namun terpaksa menjelaskan perkara itu apabila dicabar suami Che Ta, Zain Saidin.

Malah pemuda itu turut memuat naik perbualan dengan pembantu peribadi Che Ta yang dikenali sebagai kak Nani menerusi aplikasi WhatsApp.

Menerusi paparan skrin perbualan itu juga, bekas pemandu itu bertanyakan berhubung gaji yang belum diterima dan juga saman trafik.

Malah menerusi perbualan itu, pemuda itu memberitahu dia sedang menunggu gajinya sejak 28 Februari lagi untuk menjelaskan bil-bil dengan pemilik bengkel motosikal, (ansuran) kereta dan pelbagai lagi.

Artikel Berkaitan:

"Sedih rasa hidup kita kerja penat siang malam gaji tak dibayar. Terima kasih la (lah) niaya (aniaya) saya macam ini Che Ta.

"Takpa kalau kau rasa kau nak tindas bangsa kau sendiri macam ini dengan RM2,000 itu kau rasa boleh buat kau kaya.

"Siap suami kau call (telefon) aku cakap aku putar belit cerita bagai, siap kata tak pa nak viral, viral la kita tengok siapa punya viral lagi kuat.

"Aku tahu aku orang susah tapi aku masih ada maruah diri. Aku bukan nak buka aib kau tapi suami kau yang cabar aku siap cakap (tengok) kuasa viral siapa lagi kuat," tulisnya.