X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Hadi ingatkan ahli Pas jangan ikut 'kepala sendiri'

Abdul Hadi
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan semua ahli parti di semua peringkat supaya tidak membuat tindakan mengikut kepala sendiri.

Sebaliknya beliau berkata, sebarang tindakan perlu mengikut arahan setiausaha agung parti dan seterusnya diturunkan kepada semua setiausaha negeri, kawasan sehinggalah ke cawangan.

"Kita ada Jabatan Setiausaha Agung, Perhubungan Negeri, setiausaha menguruskan kawasan yang ditadbir dan diurus dengan cara yang baik dengan cara pentadbiran.

"Jadi, dengan sebab itu jangan ikut kepala sendiri (tetapi) mesti ikut arahan arahan setiausaha agung, diikuti setiausaha perhubungan dan setiausaha kawasan dan turun ke setiausaha cawangan-cawangan.

"Di samping itu, kita juga punya Dewan-dewan Lajnah. Ini semua adalah ranting- ranting (dalam pentadbiran parti) dan ia merupakan tempat kita berpaut untuk menguatkan parti kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Isnin.

Menurutnya, ahli-ahli parti juga diingatkan agar setia dan taat kepada parti.

Katanya, kesetiaan dan ketaatan ahli-ahli parti adalah aspek terpenting bagi memastikan Pas terus kuat serta kukuh sebagai parti yang memperjuangkan Melayu-Islam.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!