Penunggang motosikal maut terlanggar belakang MPV

Keadaan motosikal ditunggang mangsa dan keadaan belakang MPV yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran susur keluar Jalan Semambu di sini pada Selasa.
Keadaan motosikal ditunggang mangsa dan keadaan belakang MPV yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran susur keluar Jalan Semambu di sini pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN- Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang wanita di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran susur keluar Jalan Semambu di sini pada Selasa.

Dalam kemalangan kira-kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa, Mohd Faiz Azmi, 31, dari Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu MPV, seorang wanita warga Indonesia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal di lokasi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu jengkaut menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Gebeng.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak dan terlanggar bahagian belakang MPV jenis Nissan Grand Livina di hadapannya.

"Akibat kejadian, mangsa terjatuh bersama motosikalnya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," ujar beliau ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.

"Bedah siasat terhadap mangsa dilakukan selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.