Jumlah mangsa cedera meningkat 28 orang

Polis India memeriksa lokasi serangan bom tangan di perhentian bas di bandar Jammu. - AFP
Polis India memeriksa lokasi serangan bom tangan di perhentian bas di bandar Jammu. - AFP
A
A
A

JAMMU - INDIA. Jumlah mangsa yang cedera akibat letupan bom tangan di sebuah perhentian bas di bandar Jammu di negeri Jammu dan Kashmir hari ini meningkat kepada 28 orang.

Letupan sekitar pukul 12 tengah hari itu berlaku di tengah-tengah ketegangan dua seteru nuklear India dan Pakistan.

Difahamkan, serangan semalam adalah kejadian ketiga menyasarkan perhentian bas di Jammu sejak 10 bulan lalu.

Tiada pihak mengaku melancarkan serangan, namun polis percaya ia angkara militan. - Agensi

Artikel Berkaitan: