Tiga parah, MPV dinaiki enam sekeluarga terjunam dalam gaung

Anggota bomba ketika mengeluarkan mangsa daripada kereta yang terbabas dalam kejadian itu.
Anggota bomba ketika mengeluarkan mangsa daripada kereta yang terbabas dalam kejadian itu.
A
A
A

KULAI - Tiga parah apabila sebuah kenderaan dinaiki enam sekeluarga terbabit kemalangan lalu terjunam ke dalam gaung di KM 28.8 Lebuhraya Utara Selatan Arah Selatan di sini pada malam Isnin.

Dalam kejadian itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dinaiki enam mangsa termasuk dua kanak-kanak lelaki itu terjunam dalam gaung berdekatan sebelum dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Wan Mohd Azrul Wan Mahamad Shaf’ii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.53 malam.

Menurutnya, seramai lapan anggota dibantu dua jentera ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, bomba dapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Estima yang terbabas ke dalam gaung sedalam 30 meter.

“Terdapat tiga mangsa dalam keadaan parah masih lagi berada di dalam kereta sebelum dikeluarkan menggunakan strecher,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Wan Mohd Azrul berkata, mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa, tiga wanita dewasa dan dua kanak-kanak lelaki.

“Tiga mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kulai menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan susulan.

Artikel Berkaitan:

“Berdasarkan maklumat, kesemua mangsa datang dari kampung halaman di Senawang, Negeri Sembilan,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.57 malam.