Amang seksual 10 kanak-kanak: Peniaga dekati mangsa di surau, taman permainan

Dzulkhairi berkata, suspek direman tujuh hari sehingga 19 Julai bagi membantu siasatan.
Dzulkhairi berkata, suspek direman tujuh hari sehingga 19 Julai bagi membantu siasatan.
A
A
A

MELAKA - Seorang lelaki tempatan yang juga peniaga berusia 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan 10 kes amang seksual membabitkan 10 kanak-kanak lelaki di sekitar Duyong dan Telok Mas antara Mac lalu Julai.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian melibatkan mangsa berusia antara lapan hingga 13 tahun dalam tiga kes termasuk seorang daripadanya dipercayai menjadi mangsa persetubuhan luar tabii.

Menurutnya, bagi kes pertama, melibatkan lapan kanak-kanak berusia antara 8 hingga 12 tahun dipercayai berlaku antara Mei hingga awal Julai 2026 di kawasan taman permainan berhampiran Duyong.

“Modus operandi ialah suspek mendekati mangsa ketika mereka berada di taman permainan atau selepas menunaikan solat di surau.

“Suspek bertindak memeluk, mencium pipi atau dahi serta memegang bahagian sulit mangsa tanpa kerelaan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Bagi kes kedua katanya, melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang mengenali suspek sejak tahun lalu selepas sering bertemu di taman permainan dan surau.

“Suspek dipercayai mengambil kesempatan terhadap hubungan tersebut dengan melakukan amang seksual fizikal dan satu kejadian persetubuhan luar tabii yang dipercayai berlaku pada Mac lalu di rumah suspek.

“Pada 12 Julai lalu, suspek sekali lagi bertemu mangsa sebelum bertindak mencium pipi mangsa,” katanya.

Katanya, kes ketiga melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang kejadian berlaku pada 8 dan 9 Julai lalu di Taman Desa Duyong, sebuah pasar raya di Duyong, sebuah kedai makan di Semabok apabila suspek dipercayai memegang bahagian sulit mangsa beberapa kali serta mencium pipi mangsa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, suspek direman tujuh hari sehingga 19 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!