Hulu Selangor: Tiada lagi istilah The Sleeping Hollow

A
A
A

Hulu Selangor pernah digelar The Sleeping Hollow kerana daerah
ini agak ketinggalan arus pembangunan.
Hulu Selangor pernah digelar The Sleeping Hollow kerana daerah ini agak ketinggalan arus pembangunan.

Hulu Selangor merupakan daerah di utara negeri Selangor Darul Ehsan yang bersempadan dengan Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Gombak.

Berdasarkan kedudukan, Hulu Selangor merupakan daerah yang strategik dan pintu masuk utama ke Selangor, turut dihubungkan ke negeri di Utara dan Pantai Timur melalui jalan darat dan rel.

Hulu Selangor dengan keluasan 175,630.11 hektar merupakan daerah terbesar daripada sembilan daerah di Selangor, menyamai keluasan negeri Melaka.

Dibahagikan kepada 13 mukim dan Pusat Pentadbiran Hulu Selangor terletak di Kuala Kubu Bharu, ditadbir oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ditubuhkan sejak tahun 1975.

DAERAH KETINGGALAN

Artikel Berkaitan:

Walaupun Hulu Selangor adalah daerah terbesar namun 50 peratus daripada keluasannya merupakan Banjaran Titiwangsa dan Hutan Simpan Kekal.

Ia merupakan kawasan tadahan air utama yang membekalkan air bersih ke Lembah Klang dan faktor ini merupakan antara cabaran dalam merancakkan pembangunan di daerah ini.

The Sleeping Hollow adalah gelaran yang diberikan kerana daerah ini agak ketinggalan arus pembangunan. Namun, ia mula berubah sekitar awal 1990-an apabila terdapat ura-ura beberapa projek mega akan dibangunkan di sini.

Ia melonjakkan pemajuan di kawasan Hulu Selangor dengan pembukaan bandarbandar baru seperti Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Sungai Buaya, Antara Gapi, Bandar Utama Batang Kali, Lembah Beringin dan Bernam Jaya iaitu antara pemajuan terancang dan lengkap dibangunkan bermula sekitar tahun 1992.

Daerah ini menjadi hab automotif apabila Perusahaan Automobil Kedua (Perodua) dan Tan Chong Motor Holding Berhad membuka kilang pemasangan kereta di Serendah.

KRISIS EKONOMI, ISU BROWNFIELD

Krisis Ekonomi Asia 1997 turut memberi kesan kepada pembangunan Hulu Selangor. Pembangunan yang sedang dijalankan terpaksa dirangka semula malah ada yang dihentikan antaranya Sungai Buaya dan Lembah Beringin.

Bagi Projek Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, majoritinya telah siap dibangunkan tetapi gagal dijual. Lebih memburukkan keadaan apabila premispremis perniagaan dan kilang tidak dapat disewakan atau dijual semula.

Keadaan ini mewujudkan suasana bandar tinggal atau dalam istilah lain brownfi eld. Ini memberi imej yang amat buruk kepada Bandar Bukit Beruntung ketika itu sehingga digelar ‘bandar tidak untung’.

Isu ini turut memberi kesan dan cabaran kepada pihak MDHS terutama dalam aspek menyelesaikan masalah infrastruktur, isu rumah tinggal dan tunggakan cukai taksiran.

Kemuncak pada 2007, pihak MDHS dan Pejabat Daerah & Tanah Hulu Selangor diberi ‘Anugerah Penyapu’ oleh kerajaan negeri ketika itu kerana gagal mengutip cukai yang disasarkan.

LONJAKAN PERTAMA

Kedudukan Hulu Selangor yang strategik berupaya menarik pelabur ke sini.
Kedudukan Hulu Selangor yang strategik berupaya menarik pelabur ke sini.

Bagi menyelesaikan isu brownfield dan projek terbengkalai, MDHS selaku Pihak Berkuasa Perancang Tempatan merangka strategi komprehensif melalui Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2020.

MDHS turut bekerjasama dengan pihak Plan Malaysia menyediakan Pelan Tindakan Khas Kawasan Brownfield Bukit Beruntung dan Lembah Beringin.

Pembangunan di kawasan lain ditutup dengan menumpukan kawasan Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

MDHS turut bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Persekutuan bagi memajukan semula Bandar Bukit Beruntung untuk menarik pelabur dan orang ramai tinggal di sini.

Dari tahun 2010 hingga 2020, setelah berbincang dengan pelbagai agensi kerajaan, kemudahan pendidikan, rekreasi dan keselamatan berjaya dibina iaitu:

1. SK Bukit Beruntung II

2. SMK Bukit Sentosa II

3. SJKC Bukit Tangga (Bukit Beruntung)

4. SK Taman Bunga Raya II

5. Balai Bomba Bukit Sentosa

6. Masjid Saidina Ali

7. Taman Awam Seroja

8. Taman Awam Jenjarum

Melalui Invest Selangor, MDHS bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menarik pelabur ke Hulu Selangor.

Imej Hab Automotif diperkukuhkan dengan penjenamaan semula menjadi Hab Pembuatan Pengangkutan Negara.

Serendah juga dikenalpasti sebagai nukleus utama bagi hab ini dan tanah-tanah perindustrian sedia ada di Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dijadikan hab sokongan vendor.

Hasilnya, kawasan ini menerima pelaburan berimpak tinggi seperti pembukaan kilang pembuatan dan pemasangan kelongsong enjin kapal terbang oleh UMW Aerospace.

Kilang ini yang merupakan kilang Tier-1 bagi pengeluar komponen aeroangkasa sekali gus meletakkan Serendah di peta dunia sebagai lokasi pengeluar komponen kapal terbang.

Hulu Selangor juga menjadi pilihan kepada syarikat lokomotif SMH Rail Sdn Bhd untuk membuka kilang pemasangan dan pembaikan lokomotif.

Kilang di Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa telah menjadi lokasi pemasangan gerabak bagi MRT, selain bengkel pemasangan dan pembaikan lokomotif tempatan dan antarabangsa.

Pemain industri sedia ada seperti Perodua telah menambah pelaburannya di Hulu Selangor dengan pembukaan kilang pertama bagi pembuatan kenderaan cekap tenaga (Energy Effi cient Vehicle - EEV) di Malaysia melalui Perodua Global Manufacturing (PGM) bernilai RM1.3 bilion.

Pihak UMW Holdings Berhad juga menambah pelaburannya di Taman Industri Bernilai Tinggi Serendah (Serendah HVM) dengan memindahkan ibu pejabat dan operasi perniagaannya dari Seksyen 15, Shah Alam.

Pembangunan ini dijangka memberi impak tinggi kepada Bukit Beruntung dan Serendah serta dijangka siap tahun 2022.

Kedudukan Hulu Selangor yang strategik dari aspek perhubungan telah menarik syarikat-syarikat membuka gudang dan pusat pengedaran di sini.

Tesco Distribution Centre di Bukit Beruntung yang dibuka pada 2012 menjadi hab pengedaran kepada semua Pasaraya Tesco di Malaysia dan pusat pengedaran terbesar di Asia Tenggara.

Dengan kemasukan pelaburan, ia sedikit sebanyak telah memulihkan semula Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dan menarik orang ramai membeli hartanah di sini.

Dengan pertambahan penduduk, kemudahan untuk kesihatan, rekreasi serta naik taraf keselamatan dan pendidikan akan dilakukan.

Bagi mendepani masa hadapan, MDHS telah merangka pelan pembangunan 15 tahun bermula 2020 sehingga 2035 yang berorentasikan People-Centric dengan menetapkan sasaran 500,000 penduduk pada 2035.

Segala perancangan dan hala tuju pembangunan perlu memenuhi keperluan penduduk dari aspek penyediaan kemudahan awam dan peluang pekerjaan.

Bagi mencapai sasaran berkenaan, enam tema pembangunan di tetapkan iaitu:

1. Pembangunan sumber semula jadi dan warisan.

2. Persekitaran komuniti lestari.

3. Penerapan konsep pembangunan pintar.

4. Sistem perhubungan jalan raya dan infrastruktur yang efi sien.

5. Penawaran pakej pelaburan yang menarik.

6. Pembangunan modal insan yang efektif dan berdaya saing.

Empat teras ini dibentuk agar semua isu pembangunan ditangani:

1 Teras 1: Pembangunan dan peluang ekonomi yang saksama.

2 Teras 2: Pengurusan sumber asli yang mampan.

3 Teras 3: Pembangunan komuniti sejahtera.

4 Teras 4: Urus tadbir efektif dan efisien.

Semasa tempoh perancangan ini, isu ketidakseimbangan pembangunan antara bahagian selatan dan utara Hulu Selangor akan diberi penekanan.

Pembangunan berimpak tinggi dirancang di kawasan utara Hulu Selangor bagi menjadi pemangkin kepada pembangunan keseluruhan bahagian itu.

Penyelesaian isu brownfi eld juga diteruskan selain usaha membangunkan semula kawasan Bukit Beruntung/Bukit Sentosa termasuk Sungai Buaya dan Lembah Beringin.

Selain pembangunan, pengekalan semula jadi dan kawalan kepada kawasan tadahan air juga diberi penekanan.

15 tahun ke hadapan, Hulu Selangor perlu memilih jenis industri dan pembangunan yang sesuai beroperasi dan dijalankan bagi menerapkan konsep pembangunan mampan dan mesra alam.

DULU MDHS KINI MPHS

Bermula dengan daerah kecil dari segi pembangunan kemudian membangun dengan rancak sebelum

terhenti akibat masalah ekonomi, Hulu Selangor mendepani masalah secara tenang dan berkesan.

Segala perancangan bagi pemulihan sehingga 2020 telah dilaksanakan dan menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Penarafan MDHS kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 21 Oktober 2021 adalah satu usaha yang membuktikan Hulu Selangor kini membangun menuju ke alaf bandar pintar yang terancang.

Hulu Selangor kini bersedia untuk menjadi Perbandaran Mampan untuk semua!