X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

ACO pasang stesen pengecasan terpantas kenderaan elektrik di Johor

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

ACO Group Bhd bekerjasama dengan EV Connection Sdn Bhd untuk memasang stesen pengecasan pantas arus-terus (DC) di ibu pejabat baharu ACO di Johor Bahru dengan kapasiti 180-kilowatt (kW), yang menjadi salah satu stesen kelajuan pengecasan terpantas di Malaysia dan pertama di Johor.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, kumpulan itu berkata, pemilik kenderaan elektrik (EV) boleh memandu ke ibu pejabat ACO bagi mengecas kenderaan mereka sehingga 180kW yang mengambil masa sehingga 30 minit untuk mengecas kereta berbanding mengecas menggunakan arus ulang-alik (AC) yang mengambil masa enam hingga 10 jam untuk cas penuh.

Pengarah Urusan Kumpulan, Tang Pee Tee berkata, industri EV Malaysia menyediakan peluang yang besar untuk kumpulan dan ia berhasrat memperluaskan penglibatan dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV melalui pelaburan strategik dalam EV Connection.

Sehubungan itu, ACO Group telah mencadangkan untuk memperoleh 10 peratus kepentingan dalam EV Connection, penyedia perkhidmatan mobiliti elektrik sehenti, dengan pertimbangan tunai RM1.0 juta untuk memanfaatkan prospek pertumbuhan yang meningkat dalam EV.

"Bersama dengan EV Connection, kami menyasarkan untuk terlibat dalam meningkatkan rangkaian pengecas EV di Malaysia bagi membuka jalan untuk penggunaan EV yang lebih besar dan menyokong desakan untuk memacu penyahkarbon,” kata Pee Tee.

Beliau menambah, kedua-dua syarikat akan memanfaatkan kekuatan masing-masing, yang mana penawaran dan kewujudan produk ACO yang luas di Malaysia dan pengetahuan teknikal EV Connection yang kukuh dalam infrastruktur EV, boleh mempercepatkan lagi penggunaan stesen pengecasan EV di Malaysia.

Pada jam 2.54 petang, saham ACO turun 4.5 sen kepada 34 sen dengan 33.68 juta saham diniagakan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!