X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

PRN Melaka tidak jejas sesi persekolahan: Radzi Jidin

Radzi (tengah) semasa mengadakan lawatan mengejut di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abd Malek dekan Cheng hari ini.
 - Foto Bernama
A
A

MELAKA - Pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di Melaka tidak akan menjejaskan operasi sekolah yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Sebaliknya ujar Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, pihaknya sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan.

“Apa-apa pun keputusan sekiranya diperlukan kira boleh berbincang.

“Kita boleh permudahkan apa sahaja yang diperlukan dalam konteks tersebut. Walaupun sekolah baru dibuka, kita ada pendekatan yang kita boleh gunakan yang sesuai,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke SMK Tun Haji Abdul Malek Di Cheng, Melaka hari ini.

Tambah Radzi, Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai kaedah tertentu bagi memastikan proses PRN berjalan lancar jika institusi sekolah digunakan.

Dalam pada itu, beliau berkata konsep Sekolahku Sejahtera bukanlah satu silibus atau bebanan baharu, namun lebih kepada satu pendekatan baharu yang diterapkan secara tidak langsung dalam pembelajaran di sekolah.

Katanya, konsep ini membawa perkara-perkara asas yang penting dalam kehidupan di peringkat awal persekolahan termasuk etika serta kaedah pembelajaran secara langsung dan tidak langsung oleh guru-guru.

Melaka bersama Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dijadual memulakan pengoperasian semua sekolahnya bermula 1 November ini apabila beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) esok.

Sementara itu, esok SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas berkaitan PRN yang dijangka diadakan di Melaka.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terbubar selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!