X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Dekati antivaksin, beri penerangan bukan ugutan: Anwar

Anwar ketika sidang media Majlis Perasmian Wisma SP Care dan Majlis Penghargaan Barisan Hadapan SP Care di Wisma SP Care, Serendah, pada Ahad.
A
A

RAWANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kaedah digunakan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggunakan ugutan dan menghukum golongan antivaksin sebagai cara yang sombong.

Beliau berkata, golongan tersebut perlu didekati kerana pihak kerajaan sepatutnya berperanan sebagai badan memujuk, memberi penerangan dan jawapan berdasarkan dapatan kajian saintifik yang lebih berkualiti untuk mematahkan hujah kumpulan terbabit.

Menurutnya, pihak kerajaan sepatutnya menyelesaikan pemberian dos vaksin kepada individu yang ingin menerimanya dan memberi fokus kepada baki selebihnya kepada golongan yang ingin mengambil dos berkenaan.

"Saya tidak sokong golongan antivaksin ini tapi adakalanya hujah mereka agak kuat, jadi kita perlu balas mereka dengan hujah yang lebih kukuh.

"Jika mereka kemukakan hujah menggunakan kertas kajian saintifik, kita perlu utarakan kajian yang lebih berkredibiliti dan kuat untuk patahkan hujah kumpulan itu.

"Saya tidak setuju kita guna cara ugutan," katanya ketika sidang media setelah Majlis Perasmian Wisma SP Care dan Majlis Penghargaan Barisan Hadapan SP Care di Wisma SP Care, Serendah, di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, Khairy Jamaluddin menjelaskan kumpulan antivaksin kemungkinan terpaksa berdepan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibenarkan menikmati kemudahan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.

Beliau juga dengan tegas berkata, kerajaan akan 'menyusahkan' kumpulan tersebut yang terus enggan divaksin tanpa sebab yang dibenarkan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!